Revercell® 3G

Kompleks Molekul Antipenuaan
Pengatur Metabolik Sel

Penuaan ialah akibat, antara lain, pengumpulan kerosakan molekul yang tidak dibaiki yang mengehadkan fungsi dan sedikit demi sekidit mencacatkan kitaran sel. Kerosakan ini berlaku berulang-ulang dan secara kumulatif, menjadi kurang atau lebih teruk bergantung pada faktor-faktor tertentu, seperti genetik, gaya hidup, nutrisi, dll.

Biocell Ultravital Bioresearch Institute berbangga untuk memasukkan ke dalam  portfolionya, terapi sel REVERCELL 3G, produk baru yang bertindak terutamanya untuk meminimumkan kerosakan molekul, berinteraksi dengan mitokondria untuk melanjutkan fungsi yang betul dalam hayat corak sel kita.

Mengambil contoh saintis John Denu, yang membandingkan proses-proses sel ini dengan kilang pengeluaran, lama-kelamaan, jika langkah penyelenggaraan yang betul tidak diambil, segalanya akan mula rosak sedikit demi sedikit. Ini berlaku dalam sel, disebabkan oleh kesan berterusan pengumpulan kerosakan dan mutasi dan kehilangan metabolik fungsi-fungsi yang sedikit demi sedikit membuatkan hayat corak sel kita menjadi kurang, lalu menyebabkan ia mendegenerasi.

Fungsi sel yang tidak sihat menyebabkan rantaian masalah: pengumpulan protein tidak baik yang menyebabkan sebahagian daripada kerosakan sel yang, seterusnya, dicerminkan dalam kerosakan tisu, kerosakan organik dan kerosakan sistemik. Ini diikuti dengan serangan hebat pelbagai penyakit, yang kebanyakannya tidak boleh disembuhkan.
Atas sebab inilah Biocell Ultravital menumpukan usaha penyelidikannya pada pembangunan saintifik dalam bidang pembaharuan sel dan pencegahan.

Sepanjang 30 tahun yang lalu, usaha penyelidikan antipenuaan menumpukan secara progresif pada usaha mengurangkan atau mencegah kerosakan yang disebabkan oleh apa yang dipanggil tekanan oksidatif. Ini dihasilkan oleh tindakan Radikal Bebas, molekul oksigen yang kehilangan elektron, yang dihasilkan oleh mitokondria semasa sintesis ATP, dalam menukar makanan kepada tenaga. Dalam perkara ini, keputusan sederhana dicapai dengan penggunaan dos tinggi bagi apa yang dipanggil vitamin antioksidan: A, C, E, Selenium, Zink, dll., fenomena yang sukar dipercaya yang ditemui di Universiti Cornell hampir tidak disedari.

Maklumat Latar Belakang:

Sejak 1934, dengan uji kaji kalori yang terbatas yang dijalankan ke atas tikus di Universiti Cornell, dijalankan semula secara konsisten di seluruh dunia ke atas  pelbagai jenis makhluk hidup, daripada yis kepada mamalia yang hidup lama, telah diketahui bahawa diet yang sangat rendah kalorinya tetapi kaya dengan nutrien boleh memanjangkan hayat haiwan sebanyak sehingga 60%. Sehingga baru-baru ini, pemanjangan hayat yang ketara ini didapati berpunca terutamanya daripada kurangnya penghasilan radikal bebas, kerana kurangnya pengambilan makanan; menurunnya paras insulin, kolesterol dan tekanan darah, dan menurunnya suhu badan, tetapi ini tidak menerangkan sebab mengapa haiwan yang lebih tua yang diberikan diet kalori terhad menunjukkan tanda-tanda rejuvenasi, seperti:  Meningkatnya aktiviti secara amnya, termasuk aktiviti seksual, kulit kembali berseri, bertambah baiknya keupayaan refleks dan belajar.

Hari ini, dipercayai bahawa diet kalori terhad, selain daripada memberikan manfaat yang disebut di atas, mematikan atau mencetuskan penyenyapan  genetik pada gen rosak, yang diasingkan daripada kromosom, yang mula memperlihatkan dan mereplika banyak protein yang tidak diingini, apabila sepatutnya ia senyap, yang sangat menyumbang kepada penuaan.

Pengambilan kalori yang sangat berkurang yang dikenakan oleh diet kalori terhad memaksa sel tubuh memasuki “mod ikhtiar hidup” yang seterusnya menghasilkan manfaat-manfaat di atas. Ini berhenti secara progresif dalam diet normal. Dalam perkataan lain, apabila tubuh mengambil cukup makanan, ia tidak perlu berada dalam “mod ikhtiar hidup.” Oleh itu, terbukti bahawa terdapat hubungan yang kukuh antara nutrisi individu dan kepanjangan usianya.

Dianggap bahawa manfaat diet kalori terhad boleh diekstrapolasi kepada manusia, yang sepatutnya bukan kekecualian antara semua haiwan yang diselidik.  Namun, dengan jangka hayat manusia, beberapa dekad diperlukan untuk menentusahkan keputusannya. Inilah sebabnya mengapa organisme hidup yang mempunyai jangka hayat yang pendek digunakan, seperti yis, lalat, tikus, anjing dan beruk, dll., untuk menjalankan biopenyelidikan ke atas fenomena ini. Selain itu, besar kemungkinan tiada individu yang boleh tahan lama dengan keketatan diet rendah kalori yang dicadangkan dalam penyelidikan ini.

Beberapa tahun dahulu, komuniti saintifik mengesan bahawa sekatan kalori menyebabkan pengaktifan atau ekspresi gen SIR (pengatur maklumat senyap), yang menyumbang kepada pencegahan pengeluaran banyak protein yang tidak diingini, akibat pemisahan DNA daripada kromosom yang disebabkan oleh kerosakan yang berpunca daripada tekanan oksidatif, yang akhirnya akan memusnahkan sel yang berkenaan.   Dianggarkan bahawa terdapat 8 gen penyenyap genetik manusia wujud, dikenali sebagai SIRT1 hingga SIRT8. Gen SIRT mungkin sesuai dipanggil gen umur panjang.

Baru-baru ini, telah dipastikan bahawa wujudnya bahan-bahan kimia yang berupaya mengekspresikan gen SIRT, dengan cara yang sama dengan apa yang berlaku dalam kes-kes sekatan kalori, tanpa perlu menjalani amalan ini. Ini dikenali sebagai mimetik sekatan kalori. Termasuk dalam bahan-bahan ini adalah: resveratrol anggur, katekin teh, genistein soya, dll.

Penyelidikan Biocell Ultravital telah diperlengkapkan dengan rapi ke arah penggunaan unsur paling baik dalam senarai ini, secara bersinergi dengan komponen-komponen lain yang menyumbang kepada pengoptimuman tindakannya.

Biocell Ultravital Bioresearch Institute berbangga untuk memasukkan ke dalam  portfolionya, terapi sel REVERCELL 3G, produk baru yang bertindak terutamanya untuk meminimumkan kerosakan molekul kepada mitokondria, di mana radikal bebas berbahaya dihasilkan semasa sintesis ATP, dan kerosakan kepada keupayaan DNA untuk membaiki dirinya sendiri dalam nukleik, lalu melanjutkan kefungsian normal corak sel kita.

 

MAKLUMAT KLINIKAL DAN FARMAKOLOGI

KOMPOSISI:
Komposisi 1 (Kapsul Putih):
Ekstrak Sel Embrionik, Trans-3,5,4’-Trihidroksistilbene Viniferin, Ekstrak Ginkgo Biloba, Superoksida Dismutase, Ekstrak Malpighia Punicifolia, 3 Metanol Indola, Ekstrak Vinca Minor, Ekstrak Buah Solanum Lycopersicum (Tomato), Ubiquinone, Oligofruktopolisakarida (Probiotik), Maltodekstrin.

Komposisi 2 (Kapsul Hitam/Merah):
Ekstrak Sel Embrionik, Trans-3,5,4’-Trihidroksistilbene Viniferin, Ekstrak Ginkgo Biloba, Superoksida Dismutase, Ekstrak Malpighia Punicifolia, 3 Metanol Indola, Ubiquinone, Laktoferin, Oligofruktopolisakarida (Probiotik), Esktrak Grifolia Frondosa, Maltodekstrin, Deprenil.

Komposisi 3 (Kapsul Merah):
Ekstrak Sel Embrionik, Trans-3,5,4’-Trihidroksistilbene Viniferin, L.Triptofan, Ekstrak Passiflora Incarnata, Ekstrak Valeriana Officinalis, Oligofruktopolisakarida (Probiotik), Laktoferin, Ekstrak Grifolia Frondosa, Maltodekstrin, Deprenil, N-Asetil-5-Metoksil-Triptamina

Mekanisme Tindakan

Rumusan REVERCELL 3G mengandungi beberapa bahan aktif, salah satunya ialah Trans-3,5,4’-Trihidroksistilbene Viniferin yang berspektrum luas, tulen dan bergred farmaseutikal, yang ditukar secara biokimia sebagai trans-resveratrol (700) ke dalam bahan aktif yang, jika diambil dan diasimilasikan secara oral, tidak kehilangan potensinya dan berupaya untuk merangsang keluarga gen SIRT1. Ini adalah protein yang biasanya dipanggil sirtuin, yang merupakan sejenis enzim yang fungsi utamanya ialah untuk memulakan proses metabolik yang berkait dengan jangka hayat sel. Ia adalah protein yang sama yang dikeluarkan dalam diet rendah kalori, oleh itu ia meniru sekatan kalori. Oleh itu diet rendah kalori boleh memanjangkan jangka hayat seseorang. Pada masa ini, penyelidikan yang dijalankan oleh beberapa institut di seluruh dunia menumpukan pada ekspresi gen sasaran seperti SIRT1, dan hubungannya dengan pertambahan kepanjangan usia dan jangka hayat yang lebih panjang.  Dalam rumusan ini, tindakannya dilengkapkan sebagai Pengatur Metabolik Sel.

REVERCELL 3G menggalakkan tindakan serta keberkesanannya dengan pencampuran Ekstrak Sel Embrionik. Dalam rumusannya, ekstrak ini mewakili faktor-faktor perangsangan dan pengaturan khusus sel, meningkatkan keupayaan regeneratif tubuh dengan memperkenalkan pembezaan sel kepada Sel Stem Dewasa. Pembezaan adalan penting untuk pemeliharaan dan pembaikan berterusan tubuh, dan untuk mencegah kehausan tisu, penuaan pramatang, penyakit degeneratif dan senektitud.
REVERCELL 3G, selain daripada aktiviti antipenuaannya, juga membantu menyusutkan tindakan beberapa protein yang penting untuk kelangsungan hidup  dan pertumbuhan sel barah. Dikenali sebagai faktor NF-kappaB, ia ditemui di dalam nukleus sel.

Farmakokinetik
Biocell Ultravital telah mengkaji isu saiz partikel berhubung REVERCELL 3G dan bioketersediaan metabolitnya iaitu Trans-3,5,4’-Trihidroksistilbena Viniferin.
Sebenarnya saiz partikel yang lebih besar meningkatkan bioketersediaannya dan jauh lebih mudah dirembeskan ke dalam darah oleh hati, lalu menyebabkan penurunan kepekatan produk yang drastik di dalam plasma dan tisu.
Para saintis di Biocell Ultravital telah menjalankan penyelidikan meluas ke atas farmakokinetik REVERCELL 3G, dan telah membangunkan produk yang sangat baik. Kami telah berjaya meningkatkan bioaktiviti, dengan melepasi keadaan yang dikenali sebagai fasa 1 metabolisme, yang berlaku dengan aktif dengan bantuan enzim, meningkatkan potensi dan keberkesanan trans-resveratrol (700).
REVERCELL 3G boleh diambil sampai bila-bila kerana ia seratus peratus semula jadi dan komponennya tidak menghasilkan endapan.

Indikasi:

REVERCELL 3G adalah produk komprehensif yang diambil melalui mulut. Terima kasih kepada rumusan istimewanya dan sinergi komponennya, ia bertindak ke atas semua fungsi organ untuk menambahbaiki, mengatur dan menstabilkannya. Oleh itu ia meliputi spektrum luas dalam ubat pencegahan dan regeneratif.

Rawatan ini mempunyai keupayaan tinggi untuk mengatur fungsi metabolik dan organ, juga untuk meneutralkan pengeluaran radikal bebas, dengan tindakan kuat antioksidannya, dan kesan antipenuaannya yang hebat bertindak dari peringkat molekul ke genetik.

REVERCELL 3G boleh jadi sangat berkesan dalam kes-kes berikut:

Mengatur fungsi metabolik
Menambahbaiki fungsi mitokondria dengan mencegah pengumpulan tekanan oksidatif
Mengurangkan risiko diabetes dan penyakit degeneratif.
Mengurangkan risiko penyakit hati.
Mencetuskan penyekatan kalori.
Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, seperti hipertegangan.           
Penuaan fizikal dan organik am.
Keradangan subklinikal.  
Kekurangan daya tumpuan dan ingatan.

Kontraindikasi:
Revercell 3G, kerana ia pada dasarnya produk semula jadi, ia tidak menyebabkan sebarang tindak balas sama sekali. Semasa menanyakan sejarah klinikal, anda harus sentiasa menanyakan sebarang sejarah alahan, terutama sekali alahan terhadap salah satu komponen dalam rumusan. Penggunaannya hendaklah dihentikan sebentar jika penindas sistem saraf pusat sedang diambil.

Interaksi
Adalah disarankan agar mengelak daripada menggunakan REVERCELL 3G secara serentak dengan antiagregan dan antigumpalan platlet kerana ia boleh meningkatkan risiko pendarahan.

Walaupun perencatan enzim sitokrom p450 belum ditunjukkan pada manusia, pengambilan harian REVERCELL 3G dalam kuantiti yang besar (lebih 30 kapsul sehari) boleh berinteksi dengan pelbagai bahan yang mengikuti laluan metabolik ini, seperti ubat hipokolesterolemik, penyekat saluran kalsium, ubat antiaritmia, terfenadina, siklosporina, takrolimus, benzodiazepina, sildenafil.

Dos:                                                                     
Berapa biji kapsul perlu saya ambil?
Dalam Ubat Antipenuaan sebagai sebahagian daripada regimen pencegahan harian, lelaki atau wanita dewasa (sebagai contoh, mempunyai berat lebih kurang  50 dan 80 kilo) hendaklah mengambil 3 kapsul REVERCELL 3G sehari (pagi, tengah hari dan malam). Ini adalah dos pencegahan normal. Secara amnya, jumlah yang anda ambil hendaklah selaras dengan berat dan umur anda. Sebagai contoh, seorang lelaki yang beratnya lebih 90 kg hendaklah mengambil lebih kurang dua kali ganda berbanding wanita dengan berat 50 kg, tanpa mengira umur, yang lain-lain adalah sama, dan ia juga bergantung pada penilaian klinikal berdasarkan metabolisme dan kimia tubuh seseorang itu.

Kami menyarankan agar individu berumur 60 dan ke atas atau berat badannya lebih daripada 90 kg mengambil dua kali ganda dos harian.

Jika anda mengambil produk untuk merawat penyakit yang sudah sedia ada, maka dos harian hendaklah lebih tinggi sedikit berbanding jika anda mengambil REVERCELL 3G sebagai sebahagian daripada regimen pencegahan.
Walau bagaimanapun, jika anda merawat penyakit sedia ada, ramai pakar akan menyarankan dos yang lebih tinggi; katakan, sebagai contoh, sekurang-kurangnya 3 atau 4 kali ganda dos pencegahan harian.

Bila dan bagaimana saya harus mengambil produk ini?
REVERCELL 3G tidak begitu larut dalam air. Itulah sebabnya mengapa, untuk menasimilasikannya dengan lebih baik, kami menyarankan agar anda mengambilnya bersama dengan atau selepas mengambil sedikit makanan, dengan itu ia merangsang pengeluaran enzim-enzim yang diperlukan oleh tubuh anda untuk mengeluarkannya melalui hati, hempedu dan pundi kencing, yang memudahkan penyerapan bagi mencegah pengoksidaan intrasel.

Kami mengesyorkan pengambilan REVERCELL 3G 500 mg 3 kali sehari.
Ambil sebiji kapsul pada waktu pagi (Merah semasa sarapan pagi), satu di sebelah tengah hari (Putih dan Merah pada waktu makan tengah hari) dan satu lagi pada waktu malam (Putih pada waktu makan malam).

Kesimpulan

Kita tidak boleh lupakan bahawa perubahan berkaitan penuaan adalah akibat daripada kedua-dua keseimbangan intrinsik, yang ditentukan secara genetik, juga keseimbangan ekstrinsik, di mana faktor-faktor persekitaran, penyakit dan gaya hidup memainkan peranan yang penting.

Mutasi mukleus sel (DNA) dan mutasi mitikondria, pengumpulan toksin intrasel dan ekstrasel dan peningkatan dalam hubungan kimia sel yang tidak diingini merupakan tunjang bagi proses penuaan kita, yang berasaskan pada teori mitokondria, telomere, membran dan terutama sekali pembentukan radikal bebas.

Proses penuaan dikatakan sebagai pencetusan proses yang bermacam-macam dan sukar dikawal. Oleh itu, sebagai contoh, dalam bidang onkologi, menyingkirkan telomerase menghalang pembentukan tumor. Walau bagaimanapun, bahagian kromosom ini memainkan peranan, dalam kelanjutan usia, sebab itu aktivitinya perlu ditingkatkan secara terkawal, tanpa membenarkan pembentukan tumor. Ini memberikan kita gambaran tentang betapa rumitnya untuk menemui bahan yang bertindak dalam arah yang kita ingini sahaja, iaitu merencatkan proses penuaan, tanpa menimbulkan akibat negatif ke atas organ lain dan tanpa memberi kesan sampingan yang tidak diingini.  

REVERCELL 3G merupakan sebatian unik kerana ia berjaya mencampur, ke dalam satu rumusan tunggal, semua unsur yang bertindak bersinergi untuk mengganggu proses antipenuaan tubuh. Objektifnya bukan sekadar meningkatkan purata jangka hayat wanita (83 tahun) dan lelaki (77 tahun), tetapi untuk memastikan bahawa mereka hidup dengan keupayaan fizikal dan mental yang semaksimum mungkin.

KAJIAN KLINIKAL.

Kajian-kajian yang dijalankan dengan REVERCELL 3G juga menunjukkan kesan  antioksidan, antitrombosis, antikeradangan, antitumur, antiosteoporosis dan  anti-mikrob (bakteria, virus, fungus). Selain itu, parameter darahnya adalah cemerlang, dengan risiko gangguan diabetik yang lebih rendah.

1. Antipenuaan
Daripada bukti yang diperoleh dalam kajian genetik dan enzim in vitro, diperhatikan bahawa deasetilase SIRT1/Sir2, enzim yang menggalakkan rintangan terhadap tekanan dan penuaan, dan PI3K adalah sasaran REVERCELL 3G.
Dalam mesyuarat American Academy of Dermatology yang diadakan pada bulan  Februari 2008, satu kajian telah dibentangkan. Kajian tersebut mengenai ekspresi kutaneus SIRT1 di keratinosit epidermis kulit normal manusia, sirtuin diletakkan di  fibroblas dan keratinosit, yang sama dicadangkan sebagai sasaran baru dalam rawatan penuaan kutaneus sistemik.

2. Pelindung Jantung
Ia memainkan peranan pelindung jantung, sama dengan peranan yang dimainkan oleh fitokimia lain, dengan meneutralkan berbagai-bagai pengoksida (radikal bebas) dan, dalam uji kaji , ia turut menurunkan paras kolesterol serta trigliserida (dengan merencatkan pengoksidaan lipoprotein berketumpatan rendah). Oleh itu, ia mengehadkan langkah pertama dalam pembentukan aterosklerosis. Kajian dengan kultur sel endotelial vaskular menunjukkan bahawa REVERCELL 3G merangsang enzim yang memangkin nitrik oksida, yang memberikan vasolidatasi dan membantu mencegah masalah kardiovaskular.

3. Pelindung Saraf
Mengurangkan insidens penyakit neurodegeneratif seperti penyakit Alzheimer dan Parkinson. Ia juga boleh mengaktifkan sesetengah enzim neuron (AMP-kinase) yang dirangsang di bawah sekatan kalori, dan memberi kesan pelindung saraf.

4. Pengaturan Metabolik
Ia menstabilkan pengeluaran oestrogen, memainkan peranan utama semasa menopaus dan dalam kehadiran oestrogen endogenus. Metabolisme adalah proses asas yang mencirikan hidupan dan yang terdiri daripada semua tindak balas kimia yang berlaku di dalam sel. Sesetengah tindak balas metabolik berkait dengan sintesis protoplasma (anabolik) dan yang lainnya campur tangan dalam penyepaiannya (katabolik). Metabolisme terdiri daripada satu siri proses fungsian, seperti pencernaan, di mana REVERCELL 3G masuk campur melalui perangsangan sel.

5. Antikeradangan
REVERCELL 3G berupaya untuk merencat beberapa enzim antikeradangan, termasuk siklooksigenase dan lipooksigenase. Ia juga merencatkan oedema dan keradangan yang disebabkan oleh sinaran UVB.

6. Pencegahan Kemo
REVERCELL 3G telah terbukti berkesan dalam model murin dengan beberapa barah manusia, oleh itu apabila ia ditambah kepada sel terkultur, ia berupaya merencatkan banyak variasi barisan sel barah. Dalam kultur sel, REVERCELL 3G mencetuskan penahanan kitaran sel, memungkinkan untuk a) memperoleh masa untuk membaiki DNA yang rosak, b) mencetuskan pengaktifan laluan yang membawa kepada apoptosis apabila kerosakan tidak dapat dipulihkan dalam sel-sel barah tertentu, c) merencatkan proliferasi sel-sel neoplastik. Oleh itu, REVERCELL 3G akan menjadi sebahagian kumpulan komponen diet yang boleh mengatur kitaran sel dan menyumbang kepada pencegahan barah.

Bibliografi
• Millán F, Quecedo E, Gimeno E. Antioxidantes orales. 2007;22 (suppl 2):95.
• Haigis MC, Guarente LP. Mammalian sirtuins—emerging roles in physiology, aging, and calorie restriction. Genes Dev 2006; 1 (20):2913-21.
• Pallas M et al. Modulation of sirtuins: new targets for antiaging. Recent Patents CNS Drug Disc 2008; 3(1):61-9.
• Sinclair DA. Toward a unified theory of caloric restriction and longevity regulation. Mech Ageing Dev 2005;126(9):987-1002.
• Burns J, Yokota T, Ashihara H, Lean ME, Crozier A. Plant foods and herbal sources of resveratrol. J Agric Food Chem. 2002;50(11):3337-3340.
• Walle T, Hsieh F, Delegge MH, Oatis JE, Jr., Walle UK. High absorption but very low bioavailability of oral resveratrol in humans. Drug Metab Dispos. 2004;32(12):1377-1382
• Labinskyy N, Csiszar A, Veress G, Stef G, Pacher P, Oroszi G, Wu J, Ungvari Z. Vascular dysfunction in aging: potential effects of resveratrol, an anti-inflammatory phytoestrogen. Curr Med Chem 2006; 13(9):989-96.
• Stefani M, Markus MA, Lin RC, Pinese M, Dawes IA, Morris BJ. The effect of resveratrol on a cell model of human aging. Ann NY Acad Sci 2007;5.
• De la Lastra CA, Villegas I. Resveratrol as an antioxidant and pro-oxidant agent: mechanisms and clinical implications. Biochem Soc Trans 2007; 35(pt 5):1156-60.
• Baur JA, Sinclair DA. Therapeutic potential of resveratrol: the in vivo evidence. Nat Rev Drug Discover 2006; 5(6):
493-506.
• Zern TL, Fernandez ML. Cardioprotective effects of dietary polyphenols. J Nutr 2005; 135:2291-2294.
• Wallerath T, Deckert G, Ternes T, et al. Resveratrol, a polyphenolic phytoalexin present in red wine, enhances expression and activity of endothelial nitric oxide synthase. Circulation. 2002;106(13):1652-1658
• Anekonda TS, Reddy PH. Neuronal protection by sirtuins in Alzheimer´s disease. J Neurochem 2006; 96(2)305.
• Rasouri S, Lagouge M, Auwerx J. SIRT1/PGC-1: a neuroprotective axis?. Med Sci 2007; 23(10):840-4.
• Dasgupta B, Milbrandt J. Resveratrol stimulates AMP kinase activity in neurons. Proc Natl Acad Sci USA 2007; 24; 104(17): 7217-22.
• Bowers JL, Tyulmenkov VV, Jernigan SC, Klinge CM. Resveratrol acts as a mixed agonist/antagonist for estrogen receptors alpha and beta. Endocrinology. 2000;141(10):3657-3667
• Das S, Das DK. Anti-inflammatory responses of resveratrol. Inflamm Allergy Drug Targets 2007; 6(3):168-73.
• Athar M, Back JH, Tang X, Kim KH, Kopelovich L, Bickers DR, Kim AL. Resveratrol: a review of preclinical studies for human cancer prevention. Toxicoil Appl Pharmacol 2007; 224(3): 274-83.

© 2018 Biocell Ultravital Privacy
Like Us on Facebook Follow Us on Twitter