Bioenzym® 3G

Setiap sel dan setiap tisu mempunyai aktivitinya sendiri, yang memerlukan perubahan berterusan dalam keadaan biokimianya. Di dasarnya adalah enzim, yang mempunyai kuasa untuk memangkin, memudahkan dan mempercepatkan proses sintetik dan analitik tertentu. Gen itu sendirilah yang mengatur pengeluaran enzim; oleh itu, gen, dan enzim boleh dianggap unit asas hidupan.
Hidupan ialah, secara ringkas, satu rantai proses enzimatik, daripada yang mempunyai bahan paling ringkas sebagai substrat, seperti air (H2O) dan karbon dioksida (CO2) yang hadir di dalam tumbuhan untuk membentuk karbohidrat, kepada yang paling kompleks yang menggunakan substrat yang sangat kompleks.
Tanpa enzim, hidupan seperti yang kita ketahui tidak mungkin wujud. Sama seperti biopemangkin yang mengatur kelajuan proses fisiologi, enzim menjalankan fungsi sahih berkaitan kesihatan dan penyakit. Oleh yang demikian, dalam sistem yang sihat, semua proses fisiologi berjalan secara teratur dan homeostasis terpelihara. Semasa keadaan patologi, homeostasis boleh terganggu dengan teruk. Sebagai contoh, kerosakan tisu yang serius yang merupakan ciri sirosis hati boleh jelas merosotkan sifat sel untuk menghasilkan enzim yang memangkinkan proses metabolik penting, seperti sistesis urea. Ketakupayaan sel untuk menukar ammonia toksik kepada urea bukan toksik diikuti dengan intoksikasi ammonia dan akhir sekali, koma hepar. Satu set penyakit genetik yang jarang ditemui tetapi selalu melemahkan malah membawa maut memberikan contoh lain bagi akibat fisiologi drastik yang boleh berpunca daripada kemerosotan aktiviti enzim, walaupun jika ia adalah satu enzim tunggal.

Berikutan kerosakan tisu yang serius (sebagai contoh, infaksi pulmonari atau miokardium, perenyukan anggota) atau berikutan penggandaan sel tak terkawal (sebagai contoh, barah prostat), enzim yang ada pada tisu tertentu akan mengalir masuk ke dalam aliran darah. Oleh itu, pengesanan enzim intrasel ini di dalam aliran darah memberi doktor maklumat yang berharga untuk tujuan dianostik dan prognostik.

Bioenzym 3G adalah gabungan tisu-tisu embrionik, enzim dan bahan-bahan aktif yang, selain daripada vitamin dan unsur surih, juga mengandungi genistein, likopena, epigalokatekin galat, lapacho dan komponen lain yang diterbitkan secara eksklusif daripada bahan semula jadi. Proses pengilangan khas memastikan bahawa bahan aktif yang berlainan yang dibungkus di dalam tablet bersalut enterik tidak kehilangan potensinya dan tidak bertindak balas antara satu sama lain. Bahan aktif yang berlainan itu dibungkus di dalam pelbagai bungkusan pelepasan masa, membolehkan pelbagai bahan aktif dilepaskan pada masa yang berlainan di dalam salur gastrousus. Ini menyokong penyerapan pelbagai bahan aktif di dalam aliran darah, dan meningkatkan bioketersediaannya.

MAKLUMAT KLINIKAL DAN FARMAKOLOGI
KOMPOSISI:

Setiap 350-mg tablet bersalut Bioenzym 3G mengandungi:
Ekstrak Embrionik
Lapacho Tocopherol Succinate (Vitamin E)
Cholecalciferol (Vitamin D)
Asid Askorbik (Vitamin C)
Kalsium
Zink
Selenium (Natrium Selenit)
Genistein
Epigalokatekin Galat
Likopena
Pancreatin 7NF
Trypsin 2640 u
Bromelain 2500 GDU
Papain Tulen
Glutation Transferase
Glutation Peroksidase
Superoksida Dismutase
Glutation Reduktase

MEKANISME TINDAKAN:
Sebatian Bioenzym 3G, diperbuat daripada ekstrak embrionik, enzim dan ekstrak phito-organik, adalah sangat penting, kerana ia tidak menggantikan rawatan konvensional sebaliknya ia bertindak sebagai penggalak rawatan.

Bagaimana Bioenzym 3G berfungsi?
Ia meningkatkan pelupusan ke arah apoptosis; iaitu, di bawah kesan Bioenzym 3G, sel tidak normal tunduk kepada kematian sel normal yang diprogramkan secara genetik. Pemodulatan sistem penerima androgen di dalam sel prostat, lalu mempengaruhi pertumbuhan sel yang bergantung pada testosteron. Berkurangnya sistesis antigen khusus prostat (PSA), yang dikenali sebagai penanda tumor dalam barah prostat. Pengurangan ekspresi Bcl-6 dan, seterusnya, perangsangan pertahanan imun sel. Selain itu, komponen-komponen Bioenzym 3G, bertindak bersinergi, mengaktifkan dan menyokong mekanisme dalaman yang menjana dan memudahkan antipengoksidaan dan antikeradangan. Kesan bermanfaatnya dapat dilihat dalam masa beberapa hari selepas memulakan rawatan.

Farmakokinetik
Tablet Bioenzym 3G mempunyai salutan yang menghalang ia daripada melarut di dalam saluran gaster; sebaliknya, bahan aktif utamanya akan dilepaskan di dalam saluran usus. Sebaik sahaja dilepaskan, bahan aktif utamanya mengalir ke dalam aliran darah melalui membran kilifer. Julat serapan berikut telah ditentusahkan: bromelain 39%; pankreatin 19%; papain 7%; tripsin 28%. Sebaik sahaja diserap, enzim akan bergabung dengan antiprotease alfa-1 antitripsin dan alfa-2 makroglobulin, dengan itu menghalang sistem imun pesakit daripada mengecam enzim sebagai antigen, tanpa ini bermakna aktiviti enzim akan disekat. Malah, kompleks antiprotease-enzim ini telah membuktikan aktiviti farmakologi. Enzim yang diserap disingkirkan oleh hati atau melalui sistem mononukleus-fagosit. Dalam sesetengah kajian, diandaikan bahawa enzim yang diserap mungkin disingkirkan melalui jus pankreas.

INDIKASI, PROTOKOL DAN DOS:

Di bawah ini, sebagai contoh, kami menunjukkan beberapa saranan terapeutik yang berasaskan pengalaman klinikal yang luas, dalam bidang pengkhususan berikut. Walau bagaimanapun, terpulang kepada budi bicara doktor untuk memutuskan dos mana dan pelan terapeutik mana yang perlu diguna pakai, menurut setiap patologi dan berdasarkan setiap kes yang dikendalikan.

Pembedahan Plastik:

Aktiviti Antikeradangan: Dos permulaan yang disarankan, sebelum dan selepas pembedahan, adalah seperti berikut: 10 hari sebelum pembedahan, disarankan agar pesakit mengambil 4 tablet setiap hari, 2 pada waktu pagi dan 2 pada waktu malam, setiap hari (2 b.i.d.), 10 minit sebelum makan. Ini akan membantu pesakit mengalami simptom keradangan yang kurang teruk. Selepas pembedahan, dos yang disarankan ialah 4 tablet Bioenzym 3G pada waktu pagi dan 4 tablet pada waktu malam setiap hari (4 b.i.d.), 10 minit sebelum makan, selama 20 hari selepas pembedahan. Pesakit hendaklah dinilai dari segi perubatan bagi menentukan sama ada perlu meneruskan atau menghentikan rawatan.

Hasil: Sebaik sahaja hari pertama selepas pembedahan berlalu, pesakit akan mengalami pengurangan simptom keradangan secara amnya, dengan kesembuhan trauma dan hematomas yang lebih cepat.


Ubat Dalaman:

Aktiviti Antikeradangan: Dos permulaan yang disarankan, sebelum dan selepas pembedahan, adalah seperti berikut: 2 tablet 3 kali sehari (2 t.i.d.), 10 minit sebelum makan, selama 60 hari berturut-turut. Juga disarankan agar penilaian bulanan dijalankan bagi menentukan sama ada perlu mengubah atau mengekalkan rawatan, mengikut budi bicara doktor yang merawat.
Hasil: Sebaik sahaja minggu pertama rawatan berlalu, pesakit sepatutnya mendapati simptom-simptomnya semakin reda.

Peneutralan radikal bebas, disebabkan kesan antioksidan: Dos permulaan yang disarankan, sebelum dan selepas pembedahan, adalah seperti berikut: 2 tablet 3 kali sehari (2 t.i.d.), 10 minit sebelum makan. Ujian hendaklah dijalankan setiap bulan bagi memeriksa nilai pengoksidaan. Penilaian bulanan hendaklah dijalankan bagi menentukan sama ada perlu mengubah atau mengekalkan rawatan, mengikut budi bicara doktor yang merawat.
Hasil: Sebaik sahaja minggu pertama rawatan berlalu, pesakit sepatutnya mendapati nilai-nilai pengoksidaannya bertambah baik.

Aktiviti Antivirus dan Virosis Akut: Dos permulaan yang disarankan ialah: 4 tablet 3 kali sehari (4 t.i.d.), 10 minit sebelum makan, selama 90 hari berturut-turut.

Virus Kronik atau Subklinik: 2 tablet 3 kali sehari (2 t.i.d.), 10 minit sebelum makan. Dalam kedua-dua kes, penilaian bulanan hendaklah dijalankan bagi menentukan sama ada perlu mengubah atau mengekalkan rawatan, mengikut budi bicara doktor yang merawat.
Hasil: Sebaik sahaja minggu pertama rawatan berlalu, pesakit sepatutnya mendapati simptom-simptomnya semakin reda.

Penggalakan Sistem Imun: Dos permulaan yang disarankan ialah 3 tablet 3 kali sehari (3 t.i.d.), 10 minit sebelum makan. Penilaian bulanan hendaklah dijalankan bagi menentukan sama ada perlu mengubah atau mengekalkan rawatan, mengikut budi bicara doktor yang merawat.
Hasil: Sebaik sahaja minggu pertama rawatan berlalu, pesakit sepatutnya mendapati simptom-simptomnya semakin reda.

Pengurusan Hiperplasia Prostat: Bioenzym 3G disarankan untuk digunakan pada pesakit lelaki yang mempunyai kecenderungan genetik ke arah keadaan patologi yang hadir bersama tumor. Dos yang diindikasikan sebagai rawatan pencegahan ialah ambil (3) tablet bersalut pada waktu pagi, sebaik-baiknya sejurus selepas bangun, dengan air tanpa gas, 10 minit sebelum mengambil makanan, dan (3) tablet bersalut pada waktu malam (3 b.i.d.), sepuluh minit sebelum makan, secara berterusan selama enam bulan. Rawatan ini boleh diulang sampai bila-bila tanpa sebarang risiko, kerana ia seratus peratus selamat dan komponennya tidak menghasilkan endapan.
Kami menyarankan agar Bioenzym 3G diambil sebagai perlindungan daripada pembiakan sel barah prostat.

Selepas paras PSA ditentukan, dua minggu sebelum biopsi punktur prostat yang dijadualkan, pesakit hendaklah mula mengambil empat (4) tablet bersalut tiga kali sehari (4 t.i.d.) (pada waktu pagi, tengah hari dan malam) dan teruskan dengan dos ini hingga empat minggu selepas biopsi. Ambil tablet bersalut dengan segelas air tidak bergas sebelum makan.
Jangan ambil ubat atau vitamin selama dua jam selepas mengambil Bioenzym 3G.
Bincangkan pelan rawatan ini dengan pakar urologi atau doktor anda.

Analisis:
Bioenzym 3G ialah ubat semula jadi yang telah dipatenkan, yang terbukti berkesan dalam mempertahankan dan menggalakkan sistem imun, dengan tindakan terapeutik menentang semua proses keradangan, terima kasih kepada komposisi ekstrak phito-organik dan enzimnya yang eksklusif dan terbukti secara klinikal, yang dipilih dengan teliti agar sesuai untuk digunakan pada manusia. Tindakan komponen-komponen ini kini telah digalakkan lagi, dengan pencampuran ekstrak sel embrionik prekursor ke dalam rumusan ini.

Bioenzym 3G paling berkesan menentang penyakit apa?

- Semua proses keradangan
- Sistem imun lemah
- Penyakit virus akut dan kronik
- Hiperplasia prostat benigna
- Semua proses pengoksidaan

Apa yang boleh dijangkakan daripada rawatan ini dan apakah faedah yang akan diperoleh?
Bioenzym 3G ialah sumber perubatan bagi nilai terapeutik yang hebat, terutamanya sebagai antioksidan dan antikeradangan, kerana kebanyakan patologi mencetuskan kedua-dua pengoksidaan dan keradangan.

Kontraindikasi: Sebagai produk yang diperbuat daripada bahan biosel, tumbuhan berubat dan enzim semula jadi, Bioenzym 3G tidak mempunyai kontraindikasi. Hasilnya, ia serasi dengan sebarang rawatan atau rawatan-rawatan ubat lain yang dipreskripsikan oleh doktor dan tindakan koadjuvannya terbukti secara klinikal.

Kesan Sampingan: Sesetengah pesakit melaporkan najis yang keluar lebih cair semasa peringkat awal rawatan dan, dalam 10% kes, beberapa orang pesakit wanita melaporkan pembengkakan buah dada, tanpa ia mendatangkan sebarang bahaya kerana kesan ini tidak berlarutan lebih daripada 48 jam.

Keputusan Klinikal yang Tersedia:
Keberkesanan Bioenzym 3G telah jelas terbukti dalam beberapa kajian saintifik (lihat bibliografi). Sebagai contoh, sepanjang Disember 2008, 100 pesakit yang menghidap barah prostat yang telah menerima terapi dengan Bioenzym 3G telah dimasukkan ke dalam rangka kerja kajian multinasional. Lebih kurang 70% pesakit menunjukkan regresi pertumbuhan barah yang jelas, dengan lebih daripada 50% pengurangan, malahan penormalan penanda tumor (PSA). Dalam lebih kurang satu per tiga daripada pesakit itu, terdapat peningkatan dalam kesihatan am, yang berkait dengan meningkatnya selera makan dan pertambahan berat badan. Selain itu, semua pesakit yang, sebelum rawatan dengan Bioenzym 3G, merungut tentang kesakitan biasa berkaitan barah, perasan akan pengurangan yang ketara bagi kesakitan itu.

Bibliografi:
Clin Cancer Res 1995 Sep; 1 (9): 997-1003
Vitamin D receptor expression, 24-hydroxylase activity, and inhibition of growth by 1alpha, 25-dihydroxyvitamin D3 in seven human prostatic carcinoma cell lines.
Miller GJ, Stapleton GE, Hundlund TE, Moffat Ka.
Department of Pathology, University of Colorado Health Sciences Center, Denver, Colorado 80262, USA.
Urology 1995 Sep; 46:365-369
1,25-Dihydroxy-16-ene-23-yne-vitamin D3 and prostate cancer cell proliferation in vivo.
Schwartz GG, Hil CC, Oeler TA, Becich MJ, Bahnson RR.
Sylvester Comprehensive Cancer Center, University of Miami School of Medicine, Florida, USA. Cell Growth Differ. 1996 Nov; 7(11): 1563-70
The role of vitamin D in normal prostate growth and differentiation
Konely BR, Schwarts GG, Acierno JS, Jr, Becich MJ, Getzenberg RH.
University of Pittsburgh School of Medicine, Pennsylvania 15212-2582, USA.
Cancer Causes Control 1997 Sep; 8:786-802
Vitamin supplements and cancer risk: the epidemiologic evidence
Patterson RE, White E, Kristal AR, Neuhouser ML, Potter JD.
Fred Hutchinson Cancer Research Center, Seattle, WA 98109-1024, USA.
J. Natl Cancer Inst. 1998 Mar 18; 90(6):440-6
Prostate cancer and supplementation with alpha-tocopherol and beta-carotene: incidence and mortality in a controlled trial.
Heinonen OP, Albanes D, Virtamo J, Taylor PR, Huttunen JK, Hartman AM, Haapakoski J, Malila N, Rautalahti M, Ripatti S, Määnpää H, Teervenhovi L, Koss L, Virolainen M, Edwards BK.
Department of Public Health, University of Helsinki, Finland
Eur J Biochem. 1998 May 1; 253 (3); 766-70
Induction of necrosis by zinc in prostate carcinoma cells and identification of proteins increased in association with this induction.
Iguchi K, Hamatake M, Ishida R, Usami Y, Adachi T, Yamamoto H, Koshida K, Uchibayashi T, Hirano K.
Department of Pharmaceutics, Gifu Pharmaceutical University, Japan.
Cancer Control 1999 Nov; 6(6): 580-586
Nutrients in the Chemoprevention of Prostate Cancer: Current and Future Prospects.
Kumar NB, Besterman-Dahan K. Department of Nutrition, H. Lee Moffitt, Cancer Center and Research Institute, Tampa Florida 33612, USA.
Semin Urol Oncol 1999 Aug; 17 (3): 154-63
The role of dietary manipulation in biochemical recurrence of prostate cancer after radical prostatectomy.
Lee CT, Fair WR.
Department of Surgery and Prostate Diagnostic Center, Memorial Sloan-Kettering Cancer Center, New York, NY 10021, USA.

© 2018 Biocell Ultravital Privacy
Like Us on Facebook Follow Us on Twitter