ANALISIS

Ada orang yang mencari rumusan keremajaan abadi, dan makmal kejuruteraan biologi molekul dan genetik di seluruh dunia penuh dengan saintis yang mencari kunci untuk menyahkod tingkah laku sel manusia. Tetapi selepas menemui sel stem embrionik, juga sel stem dewasa serta pluripoten cetusan, saintis kini belayar di lautan keraguan. Bidang sains yang mempunyai masa depan yang cerah ini memacu kami untuk menyelidik kebarangkalian menggunakan terapi sel yang berasal daripada manusia bagi merawat penyakit.

Bagi para saintis yang ada di bahagian penyelidikan sel stem molekul Biocell Ultravital, kita juga terus-menerus bertukar-tukar pengetahuan dan mengembangkan bidang penyelidikan kita dengan sokongan padu daripada pengalaman yang dihimpun sepanjang beberapa dekad yang lalu melalui institut biopenyelidikan. Bagi mereka, misinya sangat sukar dan merupakan satu cabaran untuk terus mengorak langkah dalam pembangunan klinikal dalam sel stem embrionik dan dewasa berhubung kelebihan dan kekurangannya, berhubung penggunaan dan potensi terapeutiknya.

Kami tidak jelas tentang kaedah mana yang paling selamat untuk penggunaan sel stem pada masa depan. Apakah pro dan kontra sel stem embrionik dan pluripoten cetusan? Kami tidak begitu tahu bagaimana untuk bergerak dari satu sel terbeza ke yang lain dengan cara yang 100% selamat. Ini adalah soalan-soalan yang juga dikongsi oleh para saintis yang merupakan ahli Internacional Society for Stem Cell Research. Kelebihan yang mungkin diperoleh daripada penggunaan sel stem dewasa ialah sel pesakit itu sendiri boleh dikembangkan di dalam kultur dan kemudian dimasukkan semula ke dalam tubuh pesakit. Penggunaan sel stem pesakit sendiri akan bermaksud bahawa sel itu tidak akan ditolak oleh sistem imunnya. Ini memperlihatkan kelebihan kerana penolakan imunologi merupakan komplikasi yang serius. Antara kekurangannya adalah, telah ditekankan bahawa majoriti daripada sel ini mempunyai ciri autopembaharuan yang terhad, selain daripada bersifat besar dan mahal untuk dikendalikan, tiada jaminan sekurang-kurangnya mencapai pencergasan am bagi organ penerima, tetapi kekurangan yang paling bahaya ialah risiko tumbuhnya tumor, seperti yang telah disahkan dalam ujian ke atas haiwan.

Harapan yang diletakkan dalam kebarangkalian terapeutik sel stem mempunyai dua jalan yang jelas untuk membaiki tisu yang rosak dan menyembuhkan penyakit genetik, seperti yang dinyatakan oleh Thomas Graf, penyelaras program Differentiation and Cancer bagi Center for Genomic Regulation (CRG).

"Perkembangannya perlahan," akui Graf. "Setiap jenis sel yang ingin kita hasilkan mempunyai masalahnya sendiri dan semua saintis di dunia ini sedang mengkaji dan membangunkan rumusan, walaupun semuanya mengejar perkara yang sama, dari A.S. hingga China, melalui Perancis, Jerman, Switzerland, Singapura, Jepun dan lain-lain."

Jika penyelidik tidak cukup pelan rawatannya, kepastian apa yang boleh diberikan kepada pesakit? Publisiti melampau yang mengelilingi kemaraan penyelidikan sel stem telah mempengaruhi jangkaan ramai pesakit dan kekurangan pengetahuan ini telah melonjakkan apa yang dipanggil pelancongan sel stem.

Terdapat klinik-klinik yang beroperasi di China, Rusia dan beberapa negara Eropah, juga di A.S. dan Amerika Latin, dengan peraturan yaang sedikit, dan yang menjanjikan rawatan ajaib terima kasih kepada penggunaan sel stem, yang tidak terbukti secara saintifik, bagi menyembuhkan patologi genetik tertentu.

Ini semua tidak terkawal, selain daripada tidak bertanggungjawab, dan tidak beretika, menurut Yann Barrandon, pengarah Dynamics of Stem Cells Laboratory of Lausanne, Switzerland. Kepada ribuan individu yang mencari penawar yang tidak wujud, satu lagi soalan ditambah: Jika rawatan ini tidak berkesan dan memudaratkan pesakit, siapa yang akan bertanggungjawab atas perkara ini?

Merealisasikan potensi sebenar terapi sel yang berasaskan sel stem daripada manusia masih memerlukan terlalu banyak uji kaji agar dapat memastikan risikonya dan cara untuk mengelakkan risiko tersebut.

Belajar cara untuk menyemai sel stem dan membuatkannya tumbuh semula di dalam makmal sahaja mengambil masa dua puluh tahun. Lebih banyak tahun diperlukan bagi bidang penyelidikan ini berkembang secepat yang mungkin. Harga kerana tidak berbuat demikian dibayar setiap hari dengan menyusutnya kualiti hidup dan hayat beribu-ribu manusia dan semua pembangunan dan penyelidikan saintifik ini terus menjadi topik hangat dalam perdebatan bioetika, agama dan politik.

Buat masa ini, gedung senjata terapeutik yang berasaskan haiwan dan tumbuhan kekal banyak dan hampir tidak boleh tiada bagi industri farmaseutikal yang saban tahun mengilangkan dan mendaftarkan 100,000 rumusan baru yang diterbitkan dalam pembuatan bermacam-macam ubat untuk menyembuhkan dan mengawal penyakit-penyakit pada manusia, seperti insulin, adrenalin, kortikoid, oestrogen-oestradiol, Vitamin B12. Asid amino hanyalah satu daripada senarai yang berjela-jela panjangnya, selain daripada penggunaan organ dan kelenjar haiwan untuk pemindahan pada manusia, melalui apa yang dikenali sebagai xenotransplantasi.

Di Biocell Ultravital, kami hanya selangkah di belakang untuk meluaskan fokus terapeutik kami dalam setiap dimensi. Masa depan ialah esok dan jalan ubat seharusnya untuk mencegah tanpa memikirkan untuk mendiagnos dahulu; untuk menjana semula tanpa memikirkan untuk menyembuhkan dahulu.

© 2018 Biocell Ultravital Privacy
Like Us on Facebook Follow Us on Twitter