TENTANG KAMI

“Bioresearch Institute” Biocell Ultravital dalam usahanya untuk meningkatkan harapan kualiti hidup manusia, telah menguntukkan berdekad-dekad masanya kepada penyelidikan dan pembangunan rawatan dan produk berasaskan sebatian biosel. Terapi-terapi ini, yang dahulunya mencetuskan kontroversi, telah ditentusahkan dan diterima ramai, terima kasih kepada keberkesanan fungsi penyembuhannya. Dan kini ia menarik minat ramai orang dalam lingkungan perubatan dan saintifik di seluruh dunia.

Di Switzerland, tahun 2004 merupakan tahun penting, kerana ia telah menyatukan semua penyelidikan berkaitan topik ini, apabila Anita Holler, saintis yang bekerjasama dengan pejabat kesihatan awam Swiss, mengisytiharkan kepada surat khabar The Scientist,“Kami sangat berpuas hati apabila undang-undang berkenaan sel stem embrionik sudah berakhir; ia menggambarkan pengiktirafan positif kepada Switzerland sebagai pusat saintifik, sebuah negara yang mempunyai sejarah saintifik yang luas dalam penyelidikan sel untuk tujuan terapeutik” dan yang memberi respons tepat pada masanya kepada sikap tidak percaya dan berat mulut pada masa lalu, apabila bahagian besar komuniti saintifik tahu bahawa di sinilah penyelidikan sel lahir.

Bagi Biocell Ultravital Bioresearch Institute, undang-undang baru ini menggambarkan seakan pengesahan bagi semua usaha kami selama lebih 70+ tahun dan pengiktirafan oleh beratus-ratus ribu saintis lain di seluruh dunia.

Kami menekankan perkara ini bukan dengan idea egotistik untuk memberi bukti kelayakan kepada diri sendiri, tetapi kami tidak akan menyembunyikan rasa puas hati kami dengan berita baik yang dibawa olehnya kepada setiap orang. Berkongsi kejelasan saintifik pada zaman kita memang sesuatu yang sangat memuaskan hati.

Kami amat gembira terutamanya dengan laporan semasa Organisasi Kesihatan Dunia (W.H.O.) yang mentakrifkan terapi sel sebagai ubat alternatif. Dengan segala hormatnya, tidak syak lagi bahawa penyelidikan di bawah pembangunan saintifik kami, yang wujud dalam produk kami, telah diberikan tumpuan lebih daripada sekadar satu lagi alternatif kerana ia benar-benar mematuhi objektif terapeutik.

Kami sangat gembira mendengar Dr. William Haseltine, antara tahun 2000 dan 2004 semasa beliau menjadi pengerusi Sains Genom Manusia A.S., berkata “Kita berada dalam zaman ubat renegeratif,” istilah yang, sepanjang 40 tahun yang lalu —sudah tentu dari jauh—merupakan penjara bagi penyelidikan pembangunan kajian klinikal kami pada masa itu.

Cendekiawan dan pengikut ubat sintetik konvensional mengambil masa berdekad-dekad untuk menerima kesan terapeutik terhad ubat tersebut yang disebabkan oleh nisbah dos-responsnya. Terapi farmakologi terus mencuba untuk membaiki penyakit dari segi simptom ketaranya semata-mata, dan melupakan hakikat bahawa sebahagian besar patologi itu membawa sekuela terdahulu dan mikroskopik, yang kami di Biocell Ultravital kenali sebagai gangguan sel jenis 1, 2 dan 3. Untuk tujuan rujukan semata-mata, kami ingin menyorot fokus saintifik berhubung perkara ini yang dikemukakan oleh Dr. Linus Pauling yang memenangi Hadiah Nobel sebanyak 2 kali apabila beliau bercakap tentang penyakit molekul dengan menyimpulkan bahawa hampir semua penyakit tisu muncul akibat kerosakan struktur sel.

Analisis yang dipersoalkan pada masa lalu, yang hari ini mendapat kesahan amat menggalakkan dan yang mendorong saintis terkemuka ini untuk meluahkan ideanya dalam bahasa dan istilah yang mudah difahami dalam bukunya yang sangat laris yang bertajuk How to Live Longer and Feel Better. Mungkin kebetulan dan mungkin tidak, tajuk ini padan dengan penerangan saintifik kami untuk menerangkan tindakan terapeutik produk kami sebagai “Rawatan Sel untuk Hidup Lebih Lama dan Berasa Lebih Sihat”, pemikiran kami sejak 1977 yang kami gembira untuk kongsikannya sekarang.

Biocell Ultravital meraikan perubahan positif yang sedang berlaku dalam pelbagai sektor kesihatan, terutama sekali ubat pencegahan dan penerimaan yang amat memberangsangkan terhadap rawatan baru yang tidak mengikut kelaziman di seluruh dunia, terutamanya di Amerika Utara.

Akhir sekali, kami berbangga untuk menyertakan di sini legasi Dr. Escardo dengan menggiatkan semula moto saintifik beliau;
“Tidak kira bila, hanya ada satu ubat sahaja dan ia adalah ubat yang menyembuhkan.”

Ulasan bersejarah yang penting ini bertindak sebagai kad amaran bagi memaklumkan komuniti perubatan antarabangsa tentang penggabungan rumusan bahan-bahan aktif biologi baru ke dalam produk kami. Bahan-bahan ini adalah prekursor sel stem daripada ekstrak embrionik. Tujuannya adalah untuk menggalakkan kesan terapeutiknya dan yang kini membentuk sebahagian daripada barisan baru rawatan generasi ke-2 dan ke-3 bagi mencergaskan semula, menjana semula dan memperbaiki fungsi sel, serta mengukuhkan era baru ubat pencegahan dan antipenuaaan.

Barangkali generasi baru saintis yang akan menemui gen kekal masih belum lahir. Apa yang ada hari ini sangat memberangsangkan, kerana tenaga daripada hadiah yang menakjubkan ini, iaitu hidupan, sudahpun boleh diawetkan dan dipanjangkan hayatnya untuk manfaat manusia sejagat.
Itulah misi kami.

 

© 2018 Biocell Ultravital Privacy
Like Us on Facebook Follow Us on Twitter